I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Thursday, October 1, 2009

Menanti detik itu

Harini aku buat check up kat Hospital Putrajaya dengan Pakar O&G kat sana, sebab masa aku scan dan buat monthly checkup kat Klinik Dr Hamid Arshat kat Damansara, position anak aku breech (songsang). So dia advise untuk aku refer to Pakar O&G kat Hospital Purajaya memandangkan aku memang plan nak bersalin kat sana. Aku sepatutnya bersalin 23 Oktober 2009 tapi memandangkan anak aku songsang, so kne la pegi rujuk Hospital Putrajaya pulak...Tp dia suggest tarikh aku bersalin 9hb Oktober, dlm 2 minggu awal dari tarikh sepatutnya aku bersalin which is 23 Oktober 2009.

Sesampainya au kat hospital tu, aku sepatutnya jumpe ngn HOD O&G kat situ, tapi dia ada hal haritu, so aku di'refer'kan kepada sorg doktor yang sangatlah lemah lembut. Nama dia Dr. Marya (nama penuh panjang, aku sempat jeling kat pass dia). So dia tengok la segala mende yang Dato' Dr. Hamid Arshat tulis dalam buku merah (buku ni korang akan ada klau check kat klinik gomen. The reason aku buat checkup kat Klinik Dato' Dr. Hamid Arshat is because aku ade kes bleeding masa minggu ke 10) tu. So the first thing diabuat is explain kat aku dan suami ape plan dia.

Memula dia scan baby dulu, sebab dia plan nak buat ECV (External Cephalic Version ~ ni prosedur untuk nak pusing kedudukan baby supaya kepala dia ke bawah dan membolehkan aku bersalin normal sebab kedudukan kepala baby aku sekarang dekat rusuk sebelah kanan aku). So masa scan dia siap leh explain and tunjuk kidney baby (which doktor-doktor sebelum ni tak pernah pun nak explain) dan satu perkara yang tidak meng'happy'kan doktor tu adalah, air ketuban aku sikit, atau lebih tepat lagi, reading dia borderline untuk membolahkan dia perform ECV.

Then dia explain yang risiko sangat tinggi kalau nak buat ECV if air ketuban sikit, which is takut jadi fetal distress (ni term aku xpaham sgt, tp aku assume bahaya la kat baby)maka dia pun buat la satu keputusan yang sungguh aku tak sangka ~ aku kena tahan wad satu malam - buat pertama kalinya dalam hidup aku, aku masuk wad :p . Alasannyer, dia nak monitor jantung baby, sbb takut ape2 jadi, susah.

So bila dekat wad tu aku teramatlah bosannyer... aku dok kat Wad 2B, katil no 5. Kat situ ada 4 katil. Akak sebelah aku ni kena tahan sebab uri dia kat bawah. Akak depan katil lak, masuk kol 10 malam sebab air ketuban dah pecah.

Aku lak tak berapa sihat, selsema dan batuk.. Biase la, 'hadiah' dari suami tercinta. hehe.. bkn salah dia pon, dia dh tido asing ngn aku takut aku jangkit, tp aku yg gatal nk tido dekat-dekat ngan dia.. Nk manje2 lah.. :P

No comments:

Post a Comment