I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Tuesday, November 10, 2009

TIPS: Membeli barang-barang keperluan si manja

Korang plan nak shopping barang-barang baby? Kat sini aku nak share beberapa tips :

1. Baju bayi

Walaupun korang jenis yang gila shopping, tak payah la beli banyak sehingga membazir. Cukuplah sekarang 5 pasang baju lengan panjang dan 5 pasang baju berlengan pendek/ sleeveless. Ingat,baby ni cepat membesar, kalau beli terlampau banyak takut nanti sekejap je dapat pakai. Nak beli lebih boleh, tapi bila ada keperluan, atau bila si manja dah lahir nanti. Aku cadangkan korang beli rompers lengan pendek/sleeveless untuk baby korang pakai pada waktu siang. Ini sesuai dengan cuaca di Malaysia yang panas dan lembab - mengelakkan baby kena ruam nanti. Adwa pun pakai rompers je bila dok kat umah atau tempat-tempat yang takde air cond. baju lengan panjang dia hanya pakai bila kat nursery je sebab sejuk kat sana.


Contoh rompers untuk bayi anda

Cadangan tempat yang boleh dikunjungi : di Pusat membeli belah, World of Cartoon ( harga baju yang dijual selalunya sepasang berbanding dengan kedai lain.), F.O.S (ada banyak pilihan rompers), ataupun Manjaku. Boleh juga beli secara online bagi bakal ibubapa yang agak sibuk dan tiada masa untuk pegi shopping, tapi aku tak berapa nak galakkan, takut nanti saiznyer tak sesuai pula dengan baby korang.

2. Swaddle/ kain bedung

Kain bedung ni perlu terutamanya ketika baby korang di hospital yang berhawa dingin. Beli kain bedung yang mempunyai poket di hujung (hooded) untuk menutup kepala baby bagi mengelakkan dia kesejukan. baby yang baru lahir ni perlukan masa nak sesuaikan diri di dunia baru dia, berbanding dengan dunianya sebelum ini yang gelap dan sempit :). Sebab itulah kebanyakan baby yang baru lahir sangat selesa jika dibedung, kerana selain berasa seperti berada di dalam rahim, baby tidak mudah terkejut ketika tidur dan tidur lebih lama (secara purata bayi baru lahir tidur lebih kurang 14 hingga 16 jam sehari.)

3. Tisu basah/ Wet Wipes
Korang akan pakai banyaaaaakkkk giler mende ni. Guna masa tukar lampin dan sebagainya. Sila klik REVIEW : Wet Tissues untuk lihat perbandingan jenama tisu basah yang ada di pasaran.

4. Tikar getah
Digunakan ketika menukar lampin, bagi memastikan katil / tilam korang bersih dan tidak terkena uuukkk uukkk atau shishi baby korang masa tukar lampin!

5. Minyak angin
Selalunya Minyak Yuyi Cap Limau, Minyak Telon atau Minyak Kayu Putih(bergantung pada korang nak beli yang mana) digunakan pada baby nak elakkan kembung perut. Letakkan setitis dua ke tapak tangan korang (jangan letak terus pada kulit bayi - nanti panas) dan sapu pada perut, belakang, betis, dan tapak kaki baby.

6. Bedak talkum/ losyen/ syampu/ mandian/ baby oil/ nappy rash cream

Terpulang nak beli brand apa.... boleh tengok kat product review kalau nak panduan...

7. Bib
Perlu jika baby korang menyusu menggunakan botol so nanti susu tak kena kat baju dia dan protect baju korang masa sendawakan/ 'burp' kan baby korang kat bahu. Mana tau dia muntah lak, kang berbau masam la baju korang tu...

8. Lampin Pakai Buang
Depends la korang nak beli brand apa. Yang penting lampin tu kena sesuai dengan keperluan baby korang. Semua lampin pakai buang mempunyai saiz yang bersesuaian dengan berat bayi. Selain daripada saiz, perkara yang perlu dititikberatkan ketika memilih lampin yang baik adalah daya serapan, perlindungan daripada kebocoran, dan permukaannya perlulah baby skin - friendly supaya kulit si manja tak mudah terkena ruam. Sila lihat REVIEW : Lampin pakai buang untuk panduan.

No comments:

Post a Comment