I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Tuesday, November 10, 2009

TIPS : Perkara yang perlu ada dalam hospital bag

Aku share skit senarai benda-benda yang perlu ada di dalam beg hospital (hospital bag) sebagai persediaan untuk korang nak menyambut kelahiran si manja. Hospital bag boleh la prepare ketika kandungan masuk 7 bulan sebagai persediaan kalau korang tetibe ada menunjukkan tanda-tanda sakit bersalin. Aku cadangkan korang kemaskan perkara-perkara yang aku list down kat bawah (lebih senang kalau korang satukan je barang keperluan korang dan simanja) dan letakkan di dalam but kereta. Ye lah, sediakan payung sebelum hujan la katakan.

Barang-barang baby:
1. Lampin pakai buang - kalau boleh beli yang khas dicipta untuk newborn ~ Drypers, Huggies, dsb. Sebabnya, pusat baby akan dikepit, kalau guna lampin yang ketat sangat nanti tertarik tali pusat tu. Adwa dah kena dah, walaupun pakai lampin yang ada Navel care.
2. Baju baby - 5 pasang.
3. Toiletteries baby - tak payah kalau pihak hospital yang akan mandikan baby korang sepanjang korang kat hospital
4. Swaddle/ Bedung - 2 atau 3 helai.
5. Mitten/Booties - Bawa 5 pasang

Barang-barang korang sendiri:
1. T-shirt - 2 helai. Tak perlu bawak banyak sebab kat hospital korang pakai 'uniform' nanti.
2. Kain batik - 2 helai. Sama juga dengan t-shirt, tak pakai pun masa kat hospital. Bawak untuk dipakai bila keluar hospital nanti.
3. Toiletteries.
4. Tisu
5. Breast pump - Penting terutamanya:
- Kalau korang akan melahirkan secara ceaserean. Pendapat aku, memang kena bawak sebab korang kena menyusukan baby seawal sejam selepas melahirkan.
- Sekiranya baby korang pasif (tidak mahu menyusu) kerana korang kena menyusukan bayi dengan kerap (2 jam sekali) nak elakkan baby kena jaundis.
6. Botol susu - bawa 2 botol untuk mengisi perahan susu. Sila ambil perhatian jika hospital tempat korang melahirkan merupakan hospital yang 'baby friendly', botol susu tidak dibenarkan sama sekali dibawa. Sila rujuk pihak hospital cara menyimpan perahan susu.
7. Handphone + charger
8. Kamera

Akan datang aku bagi tips-tips persediaan mental dan fizikal menjelangnya kehadiran orang baru di dalam hidup korang berdua :)

No comments:

Post a Comment