I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Friday, December 25, 2009

ADWA TAK BERAK :p

Adwa ni jenis tak berak hari-hari. Aku dah risau.. Dua minggu lepas seminggu dia tak berak ek.. diulangi, seminggu! So aku bawak dia pegi Klinik Presint 9, doktor cakap tu normal kalau babay yang fully breastfed dia tak berak sampai seminggu dan perut dia tak kembung ape pun...

Semalam member ada ajar, nak bagi anak berak at least 2 hari sekali... Dia cakap mak dia yang bagi petua ni. Memula cari pasir sungai (aku pakai garam kasar jer) dan goreng tapi jangan pakai minyak masak pulak. Goreng sampai pasir/garam tu panas, then campurkan pasir/garam kasar tu dengan lada hitam.

Letak kat dalam kain dan buat macam bunjut, tuam kat perut baby. Ala macam korang bertungku masa lepas bersalin tu lah. Tapi sebelum tuam kat perut baby test la dulu kat diri sendiri. Kalau panas dia okay jer, leh tuam kat perut baby. Lagi elok kalau korang buat ni sejak baby dalam pantang lagi..

Masuk harini dah seminggu Adwa tak berak nih. So pagi tadi aku pon try la petua yang member aku citer ni. Aku goreng garam kasar then tuam kat perut dia lepas mandikan dia pagi tadi. Pastu petang tadi dia berak! So petua ni leh pakai la kan.. Try la... bukan ape. takut baby kembung perut kalau lame tak berak nih.

No comments:

Post a Comment