I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Saturday, December 12, 2009

KEBAIKAN SUSU IBU

Ok, sebagai seorang ibu yang fully breastfeed baby aku, aku nak share sikit la dengan korang sume pasal kebaikan susu ibu nih. Info nih aku dapat daripada buku PANDUAN CAP : SUSU IBU JADIKAN ANAK LEBIH PINTAR & SIHAT yang diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang. Pak mertua aku yang belikan buku ni time aku ngandungkan Adwa, so aku review skit la content buku ni. Kalau nak korang bleh cari kat kedai buku. Tak mahal, RM4 je. Bagus buku ni. Bagi info yang kadang-kadang kita takleh dapat kat mana-mana buku/ internet. Aku review skit yer... Bismillahirrahmanirahim...

Kajian menunjukkan bayi-bayi yang meminum susu ibu:

1. Mempunyai IQ yang lebih tinggi;
2. Mempunyai kebolehan bertutur yang lebih baik;
3. Mempunyai sistem imun yang lebih kuat; dan
4. Lebih cepat berjalan;

Kebaikan susu ibu adalah:

1. Menguatkan sistem imun bayi dimana ia:
a) Melindungi bayi daripada gangguan usus;
b) Mengurangkan risiko lelah;
c) Mencegah cirit-birit;
d) Melindungi bayi daripada meningitis;
e) Melindungi bayi daripada jangkitan pernafasan;
f) Mengurangkan risiko Arthritis Reaumatoid;
g) Melindungi daripada masalah penglihatan;
h) Mengurangkan risiko osteoperosis;
i) Mengurangkan kerosakan gigi;
j) Mengurangkan ekzema; dan
k) Mengubati jangkitan mata.

2. Lebih mudah hadam; dan
3. Bebas daripada pencemaran dan
4. Bayi sihat dan montel.

Hmmm... banyak tu kelebihan susu ibu... yang no. 4 tu aku sendiri pandai-pandai tambah, hehehe... Sebab Adwa memang sihat dan montel.. Dia lahir 2.95kg.. umur sebulan berat dia dah 4kg.. Umur 2 bulan berat dia dah 5.5kg.. korang bayangkan la... lagipun save la bajet skit. Tak payah la keluarkan duit nak beli susu formula yang mahal tapi ntah ape ntah la khasiatnyer. Yelah... kite pengguna ni mane la tau sangat ape kandungan dalam susu formula tu kan. Percaya je lah dalam susu tu ada DHA la, ntah macam-macam nama pelik lagi la.. agaknyer kalau dia tulis kalau anak kte minum leh dapat power cam citer Heroes tu pun kite percaya jugak kot. Kuikuikui... Eh, korang ingat baby yang korang susukan tu je ke dapat manfaat? Eh korang ex- mak buyung pun dapat manfaat tau tak....

Menyusukan bayi boleh:

1. Membantu ibu mengurangkan risiko kanser payudara;
2. Membantu ibu mengurangkan risiko kanser ovari;
3. Membantu ibu melangsingkan tubuh;
4. Mengecutkan rahim selepas bersalin;
5. Mencegah pendarahan postpartum;
6. Mencegah kehamilan secara semulajadi; dan
7. Melindungi ibu daripada anemia.

Aha... bestkan.. tapi aku rasa hot mama sekalian paliiiiiiing suka yang nombor 3 tu kan.. kan... terbukti ape... artis Hollywood sume breastfeed anak diaorang dan cepat jer dapat figure balik (selain tu kena la bersenam, kalau breastfeed tapi asyik makan,tido, makan, tido jer tak kemana nyer lelemak tegar korang yang bergayut-gayut tu). Tapi dalam buku ini ada informasi yang menasihatkan supaya ibu-ibu yang breastfeeding jauhkan diri daripada ambil sebarang ubat. Ini kerana ubatan yang korang amik akan berpindah daripada darah kepada susu dan boleh mudaratkan baby korang. Ada la a few ubat yang buku ni explain jenis ubat dan kesannya kepada baby, antaranya PIL PENCEGAH KEHAMILAN. Kalau nak tahu lebih lanjut korang kena la beli buku ni kan...

No comments:

Post a Comment