I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Thursday, January 28, 2010

BUAT PERMATA HATIKU

Buat permata hati mama, ADWA AFFAN BIN HAIRUL ANUAR... Adwa sedang tidur nyenyak sekarang tatkala mama mencoret luahan ini.. Umur Adwa hari ini : 3 Bulan 23 hari.



Sedar tak sedar, umur Adwa dah nak masuk 4 bulan dah... Maknanya dah 4 bulan mama bergelar seorang ibu.. Tergeraknya hati mama untuk menulis buat putera hati mama kerana ingin sekali mama luahkan pada semua, betapa bahagianya mama bergelar seorang ibu kepada seorang bayi yang sangat comel dan cerdik.


Adwa,
Mama berasa sangat-sangat bahagia melihat keletah Adwa, hari demi hari..Semakin hari, semakin banyak perkara baru yang Adwa lakukan, membawa tawa dalam hari mama dan abah.

Adwa,
Senyuman Adwa, gelak tawa, rengekan manja Adwa buat mama sentiasa rindu walau seminit berjauhan dengan Adwa. Betapa indahnya dunia mama dan abah sejak lahirnya Adwa ke dunia. Rumah ini yang dahulunya sunyi, kini penuh dengan keriangan Adwa.

Adwa,
Melihat sepasang mata Adwa yang indah membuat mama lupa....Mendengar gelak tawa Adwa membuat mama lupa.. Lupa pada kesakitan, lupa pada kesengsaraan, lupa pada kekecewaan.. Hidup mama kini amat bermakna, di mana di dunia mama cuma ada mama, abah dan Adwa..


Adwa,
Apa yang mama dan abah harapkan, Adwa membesar menjadi seorang anak yang soleh, yang sentiasa mendoakan mama dan abah. Mama dan abah harapkan agar Adwa berjaya dalam hidup, menjadi seorang insan yang berbakti kepada orang tuanya. Yang sopan tingkahnya, yang lembut tutur katanya. Mama dan abah sentiasa mahu putera hati kami membesar dengan sihat. Berbunga hati kami mendengar gelak tawamu dan senyum yang terukir dibibirmu...

Adwa,
Tidurlah sayang... Semoga lenamu diulit mimpi-mimpi indah dan membuatmu tersenyum selalu...

 


Salam kasih sayang nan abadi,

~MAMA~

No comments:

Post a Comment