I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Saturday, March 6, 2010

AKU, KERJA DAN BREASTFEEDING

Aku seorang ibu yang bekerja. Aku seorang ibu yang breastfeed anak aku. So what?

Teringat la masa time-time nak abis pantang dlu, ada la mulut-mulut yang berbunyi...


" Dah ajar anak isap susu botol?"

" Ada, perah susu dalam botol pastu bagi dia minum..."

" Eh, nape tak bagi susu formula?"

" Orang ingat nak full breastfeed, lagi pun Adwa tak berapa suka sangat susu formula..."

" Eh, tak boleh la macam tu.. Kena ajar bagi susu formula.. Nanti kamu dah keje nanti susah..."

WTF???????? Aku sangat tak puas hati. Allah dah anugerahkan aku kelebihan ada air susu, tujuannya untuk menyusukan anak aku sendiri. So buat ape aku membazir duit depend pada susu lembu???? Kalau betul pun nampak macam susah, sebab kena perah, then kena simpan dalam  peti, pastu kalau nak pegi tengok wayang aku kena make sure bekalan susu cukup untuk anak aku dan ensure aku mesti balik before susu abis,

SO WHAT????? 

Demi Adwa, tak ada istilah susah okay!!!!

Perkataan 'susah' tu aku kurang gemar. Lagi-lagi ayat tu keluar dari mulut seorang bernama perempuan. Aku buat pekak, dan aku tetap nak breastfeed Adwa walaupun dah keja nanti. Alhamdullillah, Abah Adwa sangat-sangat support niat aku untuk breastfeed Adwa. Dia yang belikan breast pump, dia yang belikan cooler bag + botol +ice pack.. Terima kasih Allah, kerana mempertemukan aku dengan suami yang sangat memahami, supportive dan hampir sempurna di mata ku...

Ni breastpump yang Abah Adwa belikan... Tollyjoy..
Aku suke sangat, sebab compact, senang nak bawak..

Sekarang dah lima bulan aku menyusukan Adwa. Dan masih ada lagi mulut yang berbunyi

"Tak susah ke?"

"Ish.. Leceh la..."

Leceh? Aku rasa bagi susu yang ntahapeape kandungan nyer kat anak korang tu lagi leceh.. Nak pegi jejalan kena usung satu bakul penuh ngan botol, sus, air panas... Aku ? Bawak baju spare ngan pampers Adwa jer.. Kalau dia lapar, selak jer baju. Tak payah nak bancuh.  So mana lagi leceh? Dan aku memang nak susukan anak aku. Bukan nyer aku mintak susu korang. Yes, I'm a working breastfeeding mummy and I'm proud of it!

So tak payah la korang nak komen itu ini dan pandang serong golongan ibu-ibu yang selak baju kat tempat-tempat public untuk mengenyangkan anak mereka. Mereka punya tanggungjawab. Ustazah Fatma Al Zahra ada cakap, wanita dilahirkan dengan emosi, sebab mereka ada emosi lah mereka boleh bangun malam untuk menyusukan anak, sebab tak sanggup biar anak mereka menangis kelaparan.

Hm, sekarang aku sangat-sangat bangga yang Adwa membesar dengan susu aku dan dia sangat-sangat sihat, comel dan cerdik. Macam aku penah review kebaikan susu ibu dalam entri sebelum ni, budak yang breastfeeding lagi cerdik dari budak yang depend pada susu lembu.

Well, aku dah buktikan pada orang yang sebelum ni tak yakin yang ibu yang bekerja macam aku boleh breastfeeding anak aku sepanjang masa. Dan aku tak pernah ada masalah untuk menyusukan Adwa. Pokok pangkalnya, korang sendiri sebagai ibu, sama ada bersungguh-sungguh tak nak breastfeed baby korang. Tak payah la nak dengar cakap orang.

2 comments:

  1. salam wani..ok tak tollyjoy ni..brape hengget..nak beli yang letrik punye cam kureng mampu le skang..

    ReplyDelete
  2. daddy tapai... tollyjoy ni beli kat Jusco 1Utama,RM199 rasanya... X sure, Nuar yang belikan... So far okay, kalau plan nak bf anak till 6 months.. klau nak pakai lama kne beli yag mahal sket lah. Swipe card dan tukar to easy payment ;) tapi ikut kemampuan, Tollyjoy ni pun dah okay.. nak murah leh pergi Baby Fair... Lan 5 nanti ada kat MidValley...

    ReplyDelete