I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Thursday, November 11, 2010

THEE IN THY'S SHOES


Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

*****

Meaning that, before saying anything, we should think wisely, and put ourselves in other people's shoes. It will make us wiser, and more respectful.

In life, we should make friends, not enemy.

Dalam hidup, aku cuba sedaya upaya untuk tak sakitkan hati orang dengan kata-kata aku. Yes, aku bukan maksum. Kadangkala I do judge people from what I saw. Dan kebanyakannya adalah salah.

Kita tak tahu apa yang orang lain alami, jadi jalan terbaik adalah, baik aku diamkan diri aje. Jika berkata-kata dan akhirnya akan membawa kemarahan dan kebencian orang, baik aku diamkan diri walaupun kadangkala perangai manusia ni memang menjengkelkan. Mana ada manusia yang berkawan dengan kita dan terangan berkata,

"Kau ni menjengkelkan lah...." (aku pernah cakap ayat ni kat suami aku dulu, hehehehe)

Semua manusia sebenarnya berhati mulia, menerima seadanya kekurangan rakan kita, dan tidak sesekali bercakap benar kepada tuan punya badan keburukan orang itu.

Aku belajar dari kesilapan, aku dah mula berhenti menghakimi orang. Apa yang aku buat adalah, letakkan diri aku sendiri dalam situasi orang tersebut, dan lepaskan energi positif (fikir perkara positif, mungkin dia buat macam ni sebab macam ni, bla, bla).


Dalam dunia ni tiada siapa yang perfect, maka aku juga ada saat kejatuhan dimana aku tidak mampu bangun sendiri dalam masa yang singkat.

Tak apalah, mama kata, biarlah orang sakitkan hati kita. Jalan terbaik, kita diamkan aje....

Minta maaf kalau selama ni aku banyak menyusahkan kamu-kamu sekalian.

2 comments:

  1. kadang2 kita tak sedar kita dah melukakan hati orang, sama ada melalui percakapan,penulisan blog atau SMS.Bila duduk diam2 ,cuba kita renungkan kembali..berapa orang kita sakitkan hati,sudah minta maafkah kita dengan dia.Sy pun pernah buat kesilapan,walaupun susah,sy cuba jejak orang tu dan minta maaf,alhamdulillah,dia terima.Bukan tak boleh minta maaf melalui telefon atau SMS, tapi mcm tak ikhlas pulak..Biasalah manusia.

    ReplyDelete
  2. Thanx Anon! Kita manusia, ada masa jatuh bangun. Yang tak sedapnya bila ada yang tak faham @ buat-buat tak faham... Cara terbaik diamkan aje... dan buat tak tahu... Sebagai manusia memang tak boleh lari dari buat silap dan minta maaf, sebab itu saya terang-terangan minta maaf dalam entri saya sekiranya selama ini saya ni menyusahkan sesetengah pihak. Kadangkala sesuatu itu terjadi tanpa kita sedari @ rancang, jadi pihak yang terasa diri itu disusahkan oleh orang macam saya ni, saya minta maaf. Cuma harap ada sense of sensitivity terhadap masalah orang, bukan main cakap ikut sedap hati aje. Kena cermin diri sendiri dulu sama ada dah cukup perfect ker nak mengata orang lain itu, ini... Saya menulis hanya untuk berkongsi pengalaman, jika tak suka tak perlu baca dan saya tak minta simpati sesiapa ke atas ape pun yang saya tulis. Itu terpulang kepada masing-masing punya penilaian. Cuma satu. Jangan rasa diri tu perfect sangat, sebab kalau kita tak suke pada seorang, ada sepuluh orang sebenarnya tak suka kat kita. Jadi, kita kena terima kelemahan semua orang seadanya, baru orang lain boleh terima kelemahan kita juga seadanya....

    ReplyDelete