I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Sunday, November 14, 2010

ULAM-ULAMAN BAGI WANITA YANG SEDANG BERPANTANG




Sumber : Yahoo! Group

Beberapa hari lalu sewaktu membelek akhbar lama saya terbaca senarai ulam-ulaman yang berkhasiat dan sesuai untuk diambil oleh ibu yang baru lepas bersalin dan masih didalam pantang.

Cekur @ pucuk cekur dikatakan boleh membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, mencegah sakit dan sengal tulang, serta membantu menghalang demam, batuk dan sakit tekak / kerongkong. Gambar cekur adalah seperti di bawah:


  

       


Pucuk Pegaga: selain dari membantu menguncupkan rahim bagi wanita selepas bersalin, pucuk pegaga juga bagus untuk awet muda, memperbaiki dan membantu peredaran darah, membantu pertumbuhan rambut, menguatkan gigi dan meningkatkan kesihatan kulit. Pegaga juga sebenarnya telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba yang boleh menjana kecerdasan berfikir bagi kanak-kanak. Hhmm… maknanya lepas ni kita kenalah galakkan anak-anak kita makan pegaga supaya otak mereka bertambah cerdas. Harga pegaga pun murah saja . Bagi mereka yang tinggal dikampung, boleh tanam sendiri kat tepi rumah  

           
 Pucuk mengkudu membantu menguncupkan rahim, mencegah sakit kepala, buasir dan kembung perut


Pucuk putat 
membantu membersihkan darah, menguncupkan rahim serta mencegah pening dan darah tinggi



     
Ulam raja 
membantu menguatkan tulang dan membersihkan darah. Jadi, bagi mereka yang masih didalam pantang selepas bersalin, anda boleh cuba mengambil ulam-ulaman diatas sebagai salah satu menu anda. Bukan sahaja berkhasiat, harganya juga murah.

No comments:

Post a Comment