I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Thursday, March 24, 2011

PASTIKAN BPA FREE!!

Ciri-ciri botol susu bayi adalah "BPA Free" - susulan pengharaman botol BPA oleh kerajaan Malaysia


Kerajaan telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Oleh itu, pasti ramai ibu2 diluar sana yang begitu ingin tahu ciri2 botol susu bayi yang bebas “Bisphenol A” (BPA free) - Sumber Kementerian Kesihatan


a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat (BPA)

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

Kebisaannya ada label PC atau 7

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA. Pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

Antara produk "BPA free" - banyak lagi rasanya produk2 lain





b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat (Botol susu yang mengandungi BPA)

• Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.

• Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

• Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Berdasarkan makluman kementerian kesihatan, botol BPA ni tak sesuai utk baby/kanak2 je. So kita yg org dewasa ni masih boleh guna.

BPA telah dikenal pasti akan menyebabkan gangguan kepada sistem hormon terutama kepada bayi dan anak-anak yang mengunakan botol susu polikarbonat untuk jangka masa yang panjang. Pada suhu tinggi bahan kimia Bispenol A ini akan meresap kedalam cecair susu.

Menurut kajian Universiti Malaysia telah menunjukkan peningkatan pemindahan BPA sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 darjah celsius.

Maklumlah kita akan merendam botol susu dengan air panas dan mengunakan air panas untuk membancuh susu, pada ketika itu BPA ini akan bercampur susu yang dibacuh.

Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

p/s: turut perlu diberikan perhatian untuk produk domestik yang berasaskan plastik turut mengundang bahaya pada kesihatan pada jangka masa panjang seperti botol air mineral, bekas makanan polistren dan sebagainya.

5 comments:

  1. salam ziarah, kak ayu singgah dari blog yong.......

    terima kasih berkongsi info,..alhamdullilah.betullah pengunaan botol yang umai guna selama ini........

    ReplyDelete
  2. Terima kasih, dikongsi bersama bagi kebaikan anak-anak kita...

    ReplyDelete
  3. hye adwa.. boleh tak saya copy entry neh... tapi saya akan link back to ur blog...
    kalau tak setuju bagi tau ek.. nanti saya tarik balik... ehehhe...
    tq

    ReplyDelete
  4. Hye Putri...

    Boleh, sebab sumber saya pun dari website Kementerian Kesihatan.

    ReplyDelete