I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Wednesday, November 16, 2011

Jom bersenam dengan Birth Ball!!

Ape itu Birth Ball?


Position yang paling aku suka yang belah kanan tu.
Pastu swing kiri kanan, terus tertido sambil menonggeng ekekeke...
Best woo, ilang sakit belakang.

Kat Mesia ni tak ramai kenal dengan birth ball.  Alah, gym ball biasa jer pun, hehehe.. Orang panggil birth ball sebab ada kena mengena dengan birth la. Kalau ada kena mengena dengan ikan, diaorang panggil fish ball, kalau ada kena mengena dengan kaya, diaorang panggil kaya ball pulak. Bezanya fish ball dan kaya ball boleh dimakan, hehehehe... Eh apeda aku merepek.

Boleh jer beli kat F****** C****** atau mana-mana kedai sukan yang ada abang berbadan ketak-ketak tuh. Tanya jer dia. Saiz ada banyak, 55cm, 65cm dan 75cm. Saiz ni bergantung kepada ketinggian korang.

Meh aku ajar cara nak tau saiz birth ball yang seswai ngan korang atau tak. Sebelum beli, cuba duduk dulu atas birth ball yang ada kat kedai. Duduk dan buka kaki sikit, dan make sure tapak kaki rapat ke lantai.

Bila duduk, perati kedudukan punggung dan lutut. Kalau kedudukan lutut lebih tinggi atau sama level dengan punggung, saiz tu tak sesuai untuk korang. Kalau kaki korang tergantung dan menyebabkan korang tergolek dot masa cuba duduk atas bola tu, itu juga menandakan saiz bola tu memang tak seswai langsung ngan korang. Cuba sedar diri sikit bila memilih saiz bola yer.

Saiz yang sesuai ialah bila korang duduk dan rapatkan tapak kaki ke lantai, kedudukan punggung LEBIH tinggi dari lutut. Macam aku, aku pakai Norditrack Anti-Burst Stayball saiz 65cm, beli kat F****** C*****t, RM99 hengget, dan tengah ada sale sekarang, so dapat 10% off. Abis duit laki aku. Ngeh. Ikut ati nak kaler pink :( tapi yang ada cuma brand Reebok yang regenyer RM179.00 huhuhu...


Cuba tengok bebetul. Lutut lagi rendah dari level punggung.
Ni saiz yang betul untuk korang.

Tapi bila pergi kedai, jangan cakap nak beli birth ball, nanti konpem abang badan ketak tu akan cuba sedaya upaya cantumkan kedua-dua kening dia sebab tak pernah dengar. Cakap jer nak Gym Ball.

Banyak mende yang boleh dikerjakan dengan birth ball ni. Selain daripada aktiviti berebut bola dengan Adwa (sibuk jer, time aku nak guna time tu la dia sibuk nak main), boleh dijadikan alternative kepada kerusi bila kandungan dah cecah 6 bulan - untuk elak korang duduk ala-ala ular sawa kenyang (bersandar), untuk buat senaman nak bagi baby dalam position yang betul sebagai persediaan kelahiran dan tools senaman ibu-ibu mengandung.

Aku dah try malam tadi (sebab baru beli semalam - poyo betul), sebab aku sakit belakang berjalan banyak sangat kat Midvalley. Aku duduk dalam on knee position dan peluk jer bola tu, sambil swing ke kiri dan kanan. Buat dalam 10 minit, sakit belakang terus ilang, dan mengantuk pun datang. Ekekeke...

On knee position
Banyak jer senaman ibu mengandung dalam tenet tu, kat Youtube tu berlambak-lambak kalau rajin cari. Sambil-sambil tengok tv tu boleh la buat Kegel exercise (hubby banyak kali pesan, rajin-rajin buat senaman Kegel). Yang penting rajin. Kalau desperate nak VBAC macam aku konpem akan jadik automatik rajin hehehehe... Ni antara video yang ada kalau nak cuba.



Selamat mencuba.

Gambar ihsan daripada Pakcik Gugel.
Artikel ihsan daripada diri sendiri.

1 comment: