I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Wednesday, November 16, 2011

Kisah Ibu Mengandung

Orang mengandung ni, self esteem dan self confidence dia agak low berbanding selalu. Ada yang tersangatlah keen pasal diri sendiri, ada yang tak kisah pun kalau muka tu tak siap a.k.a takde seri.

Haih. Dah lame aku tak menceceh dalam blog. Serius takde masa nak menulis. Bukan xde mende aku nak cecehkan, tapi xde masa. Serious banyak mende aku nak cerita ngan korang, sebab aku banyak jugak membaca pasal birth last weekend.

Thanx to hubby hadiahkan iPad masa anniversary haritu, maka aku gunakan sepenuhnya dengan membaca artikel on the net bout pregnancy, and birth (and VBAC).

Seriously I wanna try VBAC this time. Bunyinya macam gila sebab aku akan merasa sakit yang orang cakap paling sakit dalam dunia nih (selain mati), tapi aku rasa itu kelebihannya jadi orang perempuan.

Seorang wanita yang hamil, seharusnya memberi peluang kat diri sendiri untuk rasa macam mana payahnya dan sengsaranya ibu kita masa mengandungkan kita dulu. Siapa antara korang yang setuju kalau aku kata, selepas korang tempuh alam mengandung dan kesakitan melahirkan, korang lebih appreciate mama korang?

Balik pada citer self confidence pompuan ngandung a.k.a mak buyung nih, kadang-kadang mak buyung akan rasa diri dia kiut sebab bawak perut bulat sana sini. Ada jugak yang rasa diri dia tak cantik. Ada yang tak amik port pun rupa diaorang time ngandung. Bukannya laki nak datang dekat pun, ye dak? Laki tengok perut macam gunung berapi nak meletus pun dia dah naik seram nak datang dekat. Heh.

Selalunya time ngandung ni mak buyung akan rasa stress. Masa awal ngandung, mabuknyer mak aih teruk. Ada yang sampai minum air kosong pun boleh kua balik. Serius masa aku ngandung anak first dulu, sampai menangis dan tanya hubby,

"..Bila boleh dapat selera makan balik..."

Lepas tu masa mengandung, ada yang hidung kembang (huhu), ada yang stretch marknyer teruk (rapid weight gain), ada yang dapat brown spots kat area muka, rambut gugur, kulit gatal-gatal, dan ada yang bising kalau pusat korang terjojol, kan?

Ha, semua tu pasal hormon, biasa lahkan... Tapi, korang tau tak pusat terjojol bila ngandung tu 'tanda' yang bagus? Ha, tu la, tau komplen jer. Tuhan jadikan sesuatu mende tu bersebab tau idak. Ceh, riak pulak aku.

Pusat terjojol tu menandakan baby dalam perut korang tu dah berada di posisi yang betul untuk kelahiran. OK, next entry, aku citer detail, macam mana nak tau sama ada baby korang tu dah dalam good position for birth dan macam mana nak tolong dia untuk kekal dalam that position sampai bersalin.

Caucincau.

MA: Being pregnant is the most beautiful moment in life, where you can actualy watch and feel a live grow inside you, day by day, feeling their tiny winy feet kicking your belly. And remember not all women are lucky to experince this moments. So dont feel ugly. Most of all, you will receive unconditional love and attention from your hubby. So feel beautiful, because you are.

No comments:

Post a Comment