I also wrote...

http://adwazeye.blogspot.com please be free to drop by!

Wednesday, November 16, 2011

Meletakkan bayi anda ke dalam posisi untuk kelahiran

Aku ada baca kat Babycenter, proses kelahiran selalunya paling pendek dan senang, bila baby korang dalam position kepala ke bawah, dengan belakang kepalanya berpaling sedikit ke arah depan perut anda (atau ayat jimat, muka dia mengadap tulang belakang a.k.a bontot korang).
Ini dipanggil posisi occiput anterior
Boleh kata almost semua baby dalam posisi ni masa dah dekat nak bersalin. kalau baby korang kepala ke atas, tu dipanggil breech, atau songsang. Tapi jangan risau, still boleh pusing lagik. kadang-kadang ada baby bila dah nak dekat masa bersalin baru dia pusing. Weeeeeee......

Tapi sebagai langkah awal, korang boleh la tolong dia pusing dan dapatkan kedudukan betul untuk senang dia kua, dan singkatkan masa korang bersalin (masa bersalin singkat = masa sakit pun singkat la kan). Japgi aku citer cencaranyer...





Dalam posisi ni, baby ni muat kemas ke dalam lengkok pelvis korang, kira kalu orang cakap bila time dah sampai nak bersalin, kepada dia dah boleh engage. macam gamba kat atas. Nampak tak kepala dia dah masuk dalam ruang pelvis tu? Masa kelahiran, dagu dia patutnya rapat pada dada. So proses bersalin korang patutnya senang kalau baby dalam posisi ni sebab:

• Bahagian hujung kepala baby yang terkecik bawak tekanan pada serviks semasa kontraksi. Masa ni serviks mengembang dan menolong menghasilkan hormon-hormon yang diperlukan untuk proses kelahiran.
• Pada fasa meneran, baby akan serongkan kepalan untuk mendahulukan bahagian terkecil kepalanya melalui pelvis anda.
• Apabila dia sampai ke hujung pelvis anda, dia akan memalingkan kepalanya sedikit supaya bahagian kepalanya yang terbesar berada di tempat pelvis anda yang paling luas. Belakang kepala dia kemudian akan dapat turun ke sebelah bawah tulang pubik anda dan apabila lahir kelak, mukanya menyapu seluruh perineum, iaitu tisu antara bahagian bawah vagina dan saluran belakang anda.
Kalau korang nak bayangkan macam mana baby korang struggle nak keluar, korang boleh buat sendiri eksperimen ni:
1. Cari satu helai t-shirt polo yang ada butang.
2. Butangkan t-shirt tu, dan tinggalkan satu butang jer. Satu jer tau.
3. Cuba korang sarungkan t-shirt tu kat kepala, dan cuba sampai korang dapat sarungkan kepala. Chaiyok!!
4. Kalau dah dapat sarungkan, kalau korang perasan, part mana yang korang akan letak lubat kepala t-shirt tu? Mesti kat hujung kepala korang yang terkecilkan? Lepas tu kalau korang perasan, mesti masa korang tengah struggle pakai t-shirt tu, korang rapatkan dagu korang kat dada. Betul tak?

Macam tu la proses kelahiran. Korang takkan ingat macam mana cara korang keluar dari rahim ibu korang untuk lihat dunia ni, tapi bila korang buat eksperimen kat atas, korang secara tak langsung imitate proses kelahiran korang ke dunia ni. Kelaaaaas kau Maria!

Macam mana nak tau sama ada baby tu dah berada dalam keadaan occiput anterior? Kalau pusat korang dah tersembul, maknanya baby dah dalam keadaan betul, sebab belakang baby dah berada facing perut korang. So jangan komplen kalau pusat tersembul ok!!!

Apakah itu posisi posterior?

Posisi posterior tu kepala baby still jugak menghala ke bawah, tetapi belakang kepalanya menghadap tulang belakang korang (back to back @ muka baby facing perut korang). So bila mula proses bersalin, lebih kurang satu daripada 10 bayi dalam posisi ini. Jadi kalau korang tak usaha tolong baby korang pusingkan badan dia kepada occiput anterior, maka ada chance baby korang akan mengadap ke depan a.k.a. dalam position posterior.
Nampak tak muka dia mengadap depan?
Kebanyakan bayi dalam posisi ini dilahirkan secara normal jugak, cuma susah sikit la time korang nak beranak tuh, terutamanya kalau dagu baby tu tak rapat ke dada dia. Akibatnya, masa nak bersalin tuh:
  • Korang akan kena sakit pinggang sebab tengkorak baby ditolak kat tulang belakang korang.
  • Ketuban air lebih berkemungkinan pecah pada permulaan kelahiran.
  • Proses kelahiran lebih lambat dan panjang (sebab baby akan cuba jugak sedaya upaya untuk pusing, dan sebabkan korangakan rasa lebih sakit, huhuhu).
  • Korang teringin meneran sebelum serviks anda berkembang sepenuhnya.
  • Apabila baby sampai ke penghujung pelvis (engage), dia nak kena pusing 180 darjah (dia try jugak untuk dapatkan posisi occiput anterior) untuk memasuki posisi yang terbaik bagi kelahirkan.
  • Ini akan mengambil masa, atau lagi teruk, baby korang give up dan tak mo pusing! Dalam hal ini, dia akan lahir dengan mukanya mengadapt perut anda (posterior). Dia mungkin memerlukan ventouse a.ka. vacuum untuk membantu dia keluar.  

Kenapa ada baby yang berada di posisi posterior?

Baby mungkin posterior disebabkan bentuk pelvis. Ada wanita yang mempunyai pelvis yang sempit dan berbentuk oval (dipanggil pelvis anthropoid) atau lebar dan bentuk hati (dipanggil pelvis android), dan bukan bulat (pelvis gynecoid atau pelvis platypelloid).
Jika pelvis berbentuk oval atau hati dan bukan bulat, bayi lebih cenderung memasuki posisi posterior atau back-to-back mengikut kawasan terlebar dalam pelvis. Ini kerana kepalanya lebih selesa dalam posisi ini.
Stail hidup pun boleh jadik faktor tambahan. Makcik-makcik kat bandar, yang kerja dalam opis dan duduk satu hari suntuk atas kerusi empuk lebih cenderung mendapat bayi posterior berbanding makcik yang terbongkok-bongkok di ladang, atau membongkok atas periuk masak. Tidak susah untuk memahami apa sebabnya.
Bila korang tengok tv dan dudk atas kerusi empuk kat umah, atau dok buat kerja kat opis berjam-jam, korang akan tend to lean kat kerusi @ bersandar. Al-maklumlah, mengandung ni sakit belakangkan.. So bila korang bersandar tu, sedap la sikitkan... Lagi sedap kalau amik bantal, tinggikan sikit kaki tu, ye idak? Korang tau tak, bila buat macam tu, kedudukan pelvis korang akan terangkat kebelakang, dan lutut korang akan jadi lebih tinggi dari pelvis.
Satu perkara yang korang kena tahu, bahagain yang paling berat pada badan baby adalah BAHAGIAN BELAKANG KEPALA DAN TULANG BELAKANGNYA. So kalau ikut hukum graviti, bila korang bersandar, atau tidur terlentang, belakang kepala dan spinanya, juga akan memusing ke belakang. Oleh itu dia akhirnya berada dalam posisi posterior, terbaring menyandar atas spina anda.
Jika cara hidup korang melibatkan banyak aktiviti berdiri, bayi anda lebih cenderung menurun masuk ke dalam pelvis anda dalam posisi anterior sebab pelvis anda menonggeng ke depan.  

Jom tolong si kecik untuk berada di kedudukan yang betul :) 

Korang pernah dengar tak teknik yang dipanggil "memposisikan fetus secara optimum" (optimal fetal positioning, OFP). Ia adalah cara menggalakkan bayi mengambil posisi anterior dengan menukarkan postur korang, terutamanya bila time duduk dan titon.

So kepada makcik-makcik yang dah terbiasa duduk kepit-kepit, tinggikan kaki dan bersandar macam ular sawa kekenyangan tuh, sila lah ubah tebiat tuh yer. Aku pun suka dok bersandar pastu letak kaki atas printer masa kat opis masa ngandungkan Adwa dulu. Padan la Adwa breech. Heh.
Cuba try test:
  • Kalau korang ni jenis habitnyer suka bebenor bersandar kat kerusi, cer pusingkan kerusi tuh, dan duduk ikut stail rockers pulak. So badan korang akan lean ke depan. Posisi ni akan sebabkan pelvis korang pun ke depan. 
  • Boleh juga peluk birth ball sambil tengok tv. Sambil-sambil tu, swing kiri dan kanan. Konpem ngantuk ekekekeke...
  • Jom sental lantai! - Orang tua-tua cakap, mencuci lantai ialah cara yang baik untuk bersedia untuk kelahiran. Betul apa! Apabila anda dalam posisi merangkak atas tangan dan lutut anda, belakang kepala bayi anda memusing ke bahagian hadapan abdomen (gravity yer makcik-makcik). Aku ada try weekend lepas, dan akibatnya, perut aku sakit yang amat - bila scan, kepala baby dah kat bawah!!!
Posisi hand-to-knee. Elok untuk pusingkan baby.
• Selalulah berhenti kerja dan bergerak-gerak jika kerja anda memerlukan anda duduk banyak.
• Tegakkan kerusi, dan lapik tempat duduk kat opis, atau dalam kete dengan kusyen so punggung korang akan tinggi dari lutut.  

Bolehkah saya membetulkan posisi bayi saya bagi kelahiran?

You are not alone.. Hehehehe... Kaedah "memposisikan fetus secara optimum" dihebahkan oleh seorang bidan bernama Jean Sutton pada tahun 90-an. Dia menasihatkan ibu mengandung supaya menggunakan postur tegak and membongkok ke depan sebanyak mungkin pada peringkat akhir kehamilan.

Terdapat bidan-bidan dan para doktor yang tidak percaya ini membawa manfaat. Tetapi ada juga kajian yang menunjukkan wanita yang membuat posisi hand-to-knee selama 10 minit, dua kali sehari, pada peringkat akhir kehamilan, boleh membantu bayi mengambil posisi anterior.
Malangnya, ini tidak mempengaruhi posisi bayi pada masa kelahiran. Sutton menyarankan ibu-ibu berdiri tegak atau membongkok ke depan sebanyak boleh.
Jika anda mencuba senaman-senaman ini tetapi bayi anda masih posterior bila proses kelahiran bermula, ia mungkin disebabkan oleh bentuk pelvis anda dan bukan postur anda. 

Bagaimanakah memperbaiki posisi bayi semasa proses kelahiran?

Jika bayi dalam posisi posterior bila proses kelahiran bermula, membongkok ke depan untuk membantu bayi berpusing ke occiput anterior position dan melegakan kesakitan. Adalah biasa bagi bayi-bayi menukar posisi semasa proses kelahiran dan kebanyakkan bayi membetulkan posisi menjadi anterior pada fasa meneran, tidak kira posisi mereka pada permulaan proses kelahiran.

Kadangkala wanita mengalami sedikit kesakitan beberapa hari sebelum proses kelahiran bermula. Ini boleh meletihkan tetapi kesakitan itu mungkin tanda bayi yang sedang cuba memusing untuk mencapai posisi anterior. Cara terbaik mengatasi masalah ini ialah:
  • cuba rehat sebanyak mungkin pada masa malam;
  • pada siang hari, berdiri tegak dan kekal aktif;
  • membongkok ke depan semasa kontraksi;
  • makan dan minum secukupnya untuk mengekalkan tenaga;
  • relaks dan kekalkan fikiran positif.
Anda mungkin mendapati yang postur terbaik semasa proses kelahiran ialah merangkak. Dalam posisi ini, bayi anda jatuh menjauhi spina anda, melegakan sakit pinggang dan ini mungkin menolong dia memusing.
Dalam proses kelahiran, cuba:
  • Berdiri tegak untuk seberapa lama yang boleh.
  • Kekal berdiri atau menegak sebanyak mungkin.
  • Membongkok ke depan semasa kontraksi - gunakan bola (birth ball), bean bag, suami anda atau katil untuk membantu anda.

Birth ball untuk betulkan posisi baby kepada occiput anterior dan jugak legakan sakit semasa kontraksi

  • Goyangkan pelvis anda semasa kontraksi untuk membantu bayi anda memusing semasa dia melalui pelvis.
  • Elakkan daripada duduk atas kerusi atau katil dalam posisi menyandar.
  • Kalau boleh, elakkan suntikan epidural, kerana ia boleh meningkat kebarangkalian bayi anda berada dalam posisi posterior. Suntikan epidura juga meningkat kebarangkalian anda memerlukan kelahiran dibantu.
  • Jika anda menjadi sangat letih semasa proses kelahiran, baringlah di sisi anda sebab ini membenarkan pelvis untuk mengembang sedikit supaya dapat memberi bayi anda lebih ruang semasa anda berehat.



Sumber : BabyCenter dan gambar dari Pokcik Gugel

5 comments:

  1. good info.. thank you so much..

    ReplyDelete
  2. as salam.

    terima kasih utk tip2 dan info ni...boleh saya passkan utk my wife yg risau baby2 tak pusing2 lagi..

    doakan utk baby kami yer..thanks sis

    ReplyDelete
  3. Tq 4 info. Lega ckit bla bca ni sbb dh nk 39w tak b'slin lg .

    ReplyDelete